Sunday 11 October 2015

Hot Hot Shit Chicken

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Apakah itu hangar hangat tahi ayam? Yup! Berikut merupakan Tulisan yang serba sedikit akan menjelaskan apa itu hot hot shit chicken. Jangan banyak tanya, baca sudah. Ahaks!

Aku sudah dapat mengagaknya perkara ini dalam kata lain menjangkakannya yang niat untuk ber blogging ini hanyalah bersifat sementara sahaja. Awal awal hari tu pehh! Boleh tahan dia punya semangat. Berkobar kobar ibarat mengkibarkan bendera di tepi tasik. Aik? Apa kene mengene pulak lah shiaaal? 

Berbalik kepada topik dan tujuan asal penulis, niat untuk kembali berbloging ini kembali berkobar kobar, semangat nya makin membara pun adui hai, takkan toleh kebelakang lagi. Tudia gaiss.. tudiaa. Boleh caya ka ni? 

Sebenarnya aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidur mu.. aku ingin menjadi.. sesuatu yang mungkin bisa kau rinduuuuuu.. Engko dah kenape gile? Sorry gais termenyanyi pulak tadi, tak perasan tengah tulis blog. Ok seriously lah ajes huhu nak jadi blogger yang berjaya sepenuh masa tanpa mengira usia. Ewah kau! Aah, terfikir jugak lagi tiga tahun nak graduate.. dalam tiga tahun sebelum graduate tu mesti nak kena buat sesuatu. Disaat rakan rakan lain tekedek kedek mencari kerja, aku sudah punya wang berjuta juta dengan hanya duduk mengadap lap top dan meja. Amacam ok? Tak boleh.. hang terlalu ber fantasi sangat ni. Ahaks! Nasihat diri sendiri gaiss.

Tapi benda tu lah yang aku tengah fikirkan, ya ya memang tak mudah. Habis apa yang mudah? Kena mulakan dari sekarang lah. Aku teringat kata kata Conficius “Choose a job you love, and you never work a day in your life”. Hat ni la yang aku tengah nak buat ni. 

Mesti ramai pembaca yang tertanya tanya sekarang “ ape yang hengko merepek lah gileer?”. Ah! hang sabaq sat na! Nati hangpa tau.


Saya rasa cukuplah sekadar itu dahulu sebelum perkongsian untuk kali ini. Cewah! Moga bermanfaat untuk semua. Bagi lah semangat dan dorongan kepada saya ini. Dah! Dah! Dah! Bye..Muah ket!

Thursday 11 June 2015

Pesan Sebelum Exam

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Haaaaa hari ni abang takmau tuleh panjang panjang just nak bagitau pastikan sebelum tidur basuh kaki. Sekian sahaja laporan saya dari tempat kejadian. Kita balik ke bilik berita. Pernah tak ? Pernah tak rasa macam nak penampo aja si ajes ni? Janganlaaaa  janganlaa  titew nak ekzem ni ermm :’( 

Sebenarnya penulis rasa serba salah hendak tulis panjang panjang ni ermm. Persoalannya siapakah yang sudi membaca nya pon adoi? Tidak mengapa kita terus ke tajuk perbincangan kita iaitu persediaan sebelum exam, terjemahan dalam bahasa Melayu nya ialah peperiksaan. “Itew tawu arhhh.. poyo ah brader neyh’’. Hok aloooh!


Maaf Ya!

Ya! Benda ini saya rasakan amat penting sangat dan saya rasa semua bersetuju dengan pendapat saya. Setuju? “Setuju!!!” sahut almari, kipas, katil,  selimut, selimut tetangga (tidak lupa juga jiran tetangga) dan kerusi serta laici susu. Eh! Sudah kenapa? Binawe betoi jes ni. 

Sebenarnya bila kita bermaaf maafan ni kita janganlah kita lupakan wajik dan dodol peninggalan nenek zaman berzaman pula. Pakcik dan makcik ni asyik bersembang aja. Duit raya mana? Duit? Duit? Hahaha

“Hengat kelakar ke?” Dimarahnya ajes lagi nsk nsk :’( ermmm. Persoalannya kenapa kita perlu bermaafan maafan? Bila kita bermaaf maafan ni secara tidak langsung jiwa, hati dan perasaan kita akan tenang. Bak kata pepatah orang tua tua dulu “air yang tenang jangan disangka tiada buaya”. “Ape kene mengene lah shiaalll?!”. 



Apa lagi?

Minta restu ibu dan bapa, bagi yang takdak tu mintalah restu dari penjaga tak kira siapa beliau. “Macam mana nak buat tu ajes ermm?”. Ok bagitau pendapat abang lah kan dia macam ni “Mak cek nak exam dah ni so cek nak minta restu kat mak. Doakan cek supaya dapat menjawab dengan baik. bla bla bla” yang bla bla tu tambahlah apa jua ucapan yang dapat menyedapkan hati beliau atau apa apa jua ucapan yang sesuai (10 markah). Hik hik! Lebih kurang macam tu lah. 

Kalau nak lagi touching peluklah beliau dan berkata cek sayang mak wouuuuu   wouuu (menangis dengan sebaknya) “hang merepek apa ni jes?” “Kain kat penyidai dah angkat belum?” hahahaha. Bukanlah semua parents jenis yang macam tu ok? Ada yang jenis selamba jaa. “Ya!” “Ya!”.  If you know what i mean? Huhu

Bagi yang tak dapat pulang, mintak aja restu melaui telefon. Thats enough. Cewah! Barulah beliau terasa hang tu anak dia. Sejuklah hati sikit. Tak penah penah call sebab nak mintak restu ja. Sebelum ni duit duit duit! Encik Krab pon naik tension. Choi! Beliau akan rasa dihargai. Paham dik? 


Selain itu, pohonlah juga restu dari murobbi hangpa tu. Siapa dia tu? Lecturer hangpa lah. Tak kira subjek apa dia ajar, bangsa apa sekalipun, tua atau muda, 
lawa or handsome ka tidak serta dah kahwin ka belum, mintalah restu darinya.  Part last tu errr. Agak kenapa nak buat buat benda alah semua tu eh? Cuba throwback balik mana tau hangpa ada kutuk dia sebab Liverpool kalah teruk 6-0 :’( ermm. Mungkin kekecewaan beliau masih terkesan dan trauma sehinga ke hari ini. Mana tau kan kan? “Tak tau!” Tak mau tau sudah

Ok ok yang lain pulak, cuba chek balik kalau ada kutuk kutuk belakang dia even sikit. Tak kiralah kutuk depan ka, kutuk sebelah samada kiri atau kanan ka. Cer hengat balik. Kalau mengikut pemahaman saya lah kan mintak maaf adalah sebahagian memohon restu juga. Kalau tak silap lah errr. “Weyh jangan ah kami nak poplet ni!” 


Lagi! Lagi!

Study awai! Sebenarnya saya pon dah malas plus menyampah nak tulis hal ini. Sebab apa? Sebabnya benda ini tersangatlah common sense  dalam kata lain sangat umum. Dimana semua orang tahu walaupun kuda tidak mampu terbang, kambing tetap suka makan rumput (dan dia dah mula merepek). Sebagaimana kita tahu sebagai pelajar, kita mestilah bla bla bla. Dah ah! Malaih nak hurai benda alah ni. 


Untuk pengetahuan semua, sebenarnya penulis hanya sekadar mengfokuskan kepada memohon kemaafan. Penulis tak maulah tuleh panjang panjang sat lagi hang pa lena pulak. Ambiklah pengajaran dan bukannya tahu bersuka ria  di taman rama rama dan taman buaya sahaja. Cukup sekadar itu sebelum penulis melebarkan sayap merepek dia lagi jauh. Huk Huk 


Peringatan

Penulis tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang kecelakaan atau berlaku kejadian yang tidak diingini seperti terpaksa meninggalkan buku makroekonomi, akaun dan majalah mangga semata mata hendak membaca artikel ini. Errr. Penulis menulis atas kapasiti meluahkan pendapat dan sebab juga penulis bosan lah siut . Jika anda ada apa apa yang tidak puas hati silalah lemparkan segala kritikan dan aduan seperti yang tertera dikaca tv anda. Eh sudah kenapa? Sudah tentu lah di ruangan komen. Tepuk dahi.



Selamat Menyambut Hari Final Exam ajes ucapkan!

Saturday 23 May 2015

Bukan Info GST Mahupun UPU


Gambar Sekadar Hiasan





Tahniah!

Tahniah pada yg dapat upu abang ucapkan  bagi yg tak dapat tu janganlah bersedih dan banyakkan bertabah sebab walaupun tiada rotan, penampar pon berguna juga nanti utk kau. Adik adik baru nak up ni mungkin tertanya tanya kan kat u ni kelas apa paling best? Kau nak tau tau kelas apa yg paling best? "Kelas cancel" haahahhaaha . Lewls


Peringatan!



Dekat u ni hang jangan lupa satu benda ni dik . Benda ni sangat mustahak yg student selalu lupa. "Apa tu bang?" Sabar boleh sabar? Jangan lupa bawak external hardisk yang kapasiti sekurang kurangnya 500gb untuk mengopi movie, cerita korea, running man, game dan lain lain. Sudahlah dik malas nak layan hangpa semua ni.


Instagram


Ya slot 'Kapsyen Win?' ni semua abang ambik dari caption instagram abang. Sengaja abang buat slot ni sebab nak haptudate belog ni hik hik. Nanti akan akan diupdate dari semasa ke semasa nah. Btw kalau tak malu follow lah abang punya intagram @azizrazaks. 







Monday 4 May 2015

Pecah Lemak Siot Part 1

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Wow! Dengar tajuk entry pon sudah kejam bukan? Agak tidak keterlaluan untuk saiaa katakan yang saiaa taa kuaad awaaa hahaha. Ah! Ni lagi seperkara lagi yang osx, windows dan juga linux kena sediakan. Apakah? Nak EMOJI!!! Mana mungkin selimuuut tertanggal? NO lah! actually just nak gambarkan perasan ketika menulis entry sahaja. Poyo bukan? Ni masalah ajes sorang ni bila tulis entry memang akan lari tajuk jauh punyalah. Adoyai. Tepuk dahi semua. Kita tinggalkan dulu perkara yang bukan menjadi agenda utama ketika entry ini ditulis. 


Apa yang siaa taa kuad ini nak tegaskan kat sini, tentatif atau perjalanan program malahan fakta berapa tinggi gunung, air  terjun, pokok kelapa, tingginya ego dan lain-lain bukanlah menjadi bahan bualan untuk entry kali even sebelum ni pon ''ada ka weyh''? . Sebab apa? BOSAN. Yup nampak macam ''seriously lah?'' kan? Actually boleh ja hangpa dan anda anda semua tanya pakcik google dan godek godek sikit belog lain cari info mengenai Gunung Chemerong Berlangsir ni. Tapi rasanya adalah sikit sikit. Sikit-sikit apa? ''Sikit sikit dia tanya, dimana''? Cuba teka apa dia? Hint; Taufik Batisah. Jimbit betoi ajes ni. 


Ngantok bak hang. Seriuslah weyh. Dua belas lebih malam kot masa tulis entry kat perenggan ni. 


Ahad - 5 April 2015

11.30 pm
Dari hari, tarikh dan waktu perjalanan program kami selama 2 hari 3 malam dari UMK. Alaaaaa dia punya cara sebut penulisan agak bosan kan? Memang pon ajes merasa sebegitu jugak hew hew. Naaaa tidoooq. 


Sebenarnya masa yang dijadualkan bertolak pukul 10.30 pm, tapi apakan daya dan macam biasa entah mengapa. Sabaq banyak lah sampai sebelas lebih tu. Tidak dapat dinafikan aku agak kekok dan rasa sedikit asing. Eh tolonglah.. tau la ajes ni tak berapa nak ku puteh. Apaaa lagi dooh ajes ni? Selekeh la siaa hahaha. Tapi memang betoi lah sebab ni bukan lagu im not only one tau? Ni memang im the only one budak laki tahun satu tau. Dah lah ajak budak lain takmau ikut. ''Awat tak ajak aku?'' ayat tulah lah yg keluaq lepas dah full apa semua tu. Eh! Ajak kot siap pas dalam group lagi. Tapi apakan daya depa punya homesick tak sekebal ajes heeew. Nak tau sebab apa? ''Tak mau tau!" Marah seorang pembaca yg tertunggu tunggu dari tadi bila la ajes nak habeh merepek. 


Masa tunggu dekat pondok bawah tu adalah dua tiga budak senior perempuan yang mesra alam sekitar serta mesra alam flora dan fauna gitew tegur tanya nama and bla bla and bla. Laki takdak ka? Ada. Ajes sorang ja kot kat situ, yang selebihnya tunggu kat tempat lain dan ada yang pi sendiri. Dalam hati rasanya dok baca ''mereput''. Awhhh. Adalah depa mai buat chek name list apa semua sikit sikit macam tu. OK! part ni agak kelakar and im be like ''what what what?''. Seriously lah kan depa ingat AJES ni perempuan. Sedikit geli pancreas sebenarnya. Mungkin menjadi sebab adalah ajes ni depa hanya kenal melaui group whatsapp tanpa kenal personaliti terbabit. Ajeslah tu okey! Tapi agak logik jugak sebab ada sorang kanak kanak  wanita ribena tahun dua yang tinggi dan cirinya tak lari jauh dengan budak upsr yang hampir sama nama iaitu Jessica and nickname beliau orang panggil JES , cuma kurang A ja kat depan. Agak logik bukan? Menurut saksi kejadian, penulis entry ini telah dikejarkan ke hospital veterinar selepas ditumbuk parah oleh suspek iaitu Jes akibat mangsa menggelar suspek kanak kanak ribena dan spesis dengan upsr. Lepas tu adalah berkenalan dengan dua orang lecturer ni iaitu Encik Bob and Mr Simons, Mr Sam jugak selaku nickname beliau. Tak banyak berbual pon. Campak beg terus naik bas.


''Ooooooh ni la ajes tu'' Ok dah kenal suda. Atas bas tu tadak buat apa pon. Yelaaa memang la tak buat apa, takkan nak main batu seremban pulak. Eh! Cuma tanya nama aku ja bagi yang tak kenal lagi tu. Part ni aku tak banyak bercakap. DAN begitulah yang seterusnya adalah beberapa moment dan ketika. Depa pon ada jugak komen ajes ni pendiam. Secara jujurnyalah kan aku ni memang jenis yang pendiam bila tak kenal orang and masa mula-mula. Taktau pulak orang lain macam mana or memang normal? Tidak mengapa kita tinggalkan dulu isu tu. Bagi memberkati perjalan, kami baca dulu mintak selamat pergi dan balik. Alhamdulillah selamat pon tulis entry huhu. Tidoq sepanjang perjalanan adalah aktiviti utama ajes, adalaaa bangun sat lepas tu tidoq balik dan macam tulah seterusnya. Alaaa ajes ni berani bet lah semua makhluk atas bas macam tu hahaha. Tup Tup eh dah sampai? How time flies hok aloh budu jah. 


Isnin - 6 Mac 2015

4.30 am
Awal siottt -.- Tapi apapun kami sampai sudaaaaa di Hutan Lipur Chemerong dekat dengan kaki bukit Gunung Chemerong  Terengganu. Kali ni ajes yang pendiam ni agak banyak cakap jugak. Mungkin la. ''Sekarang nak kena buat buat apa?'' ''kena mandi ka?'' ''tandas kat mana?'' ''surau kat mana?'' diselang seli dengan diam si ajes. Agak krik krik jugak lah pagi tu sebab sampai awal kan? ''Eh tanya titew pulak en?''. Kami lepak kat cafe bawah tu yang tak bukak lagi. Masing-masing buat aktiviti sendiri, ada tidoq. Ah! yang tu Mr Sam lah yang paling ketara sekali. Selamba dia ja tidoq atas lantai. Tapi takpa ajes paham barangkali beliau penat dan mengantuk sangat. OK yang ni paling ajaib, ''Ajes tak tidoq lah siooot'' hahaha. Kalau rata rata yang kenal, ajes ni bolehlah diketegorikan sebagai kuat tidoq. Ajaib bukan? Sumpah tak telan pil kuda!Ada jugak yang tidoq cara tradisi iaitu kepala  di atas meja. Ada jugak yang mandi, ''MANDI?'' perrrrrrrrr tolonglaaa. Boleh bayang kot dia punya suhu aiyaq. ''Aiyaq tu apa jes?'' aiyaq tu air lah dalam bahasa utagha. 


5.00 am 
Yang ni aktiviti yang paling wajib. Nak tau apadia? MEMASAK. Bahagian ni saia agak pelik sebenarnya bukan apa sebab cara memasak dia terlalu simple dengan pakai portable stove tu ja and ada lah sikit sikit yang buat pertama kali awkward sikit. Apa yang menarik perhatian ajes kat sini ialah yang si tukang masak tu ialah sis kiki. Sat nak gelak hahahaha. Sis what? Yup dia ni jantan lah gila tapi personaliti ala ala wanita tu buat ajes awkward sikit. Tapi lama kelamaan dah mula terbiasa dengan dia. Tak kenal maka tak cinta. Dah kenal ka? Eh tolonglaaa mana ada bercinta dengan dia pun. Kiki lala hello kitty ni milik hak mutlak cinta sejati sehidup semati si CK ok? hahahaha. Tapi masakan dia memang tip top habeh lah gua sembang sama lu tak bohong. Ni kalau hantaran takdak 50 k tak payah lah berangan nak bersuamikan laki yang pandai masak macam KiKi ni hahaha. Walaupun perigi terpaksa cari timba gamaknya heewww. Eh lembut lembut dia macam tu pon berisi tau dengan ilmu dapur pinggan mangkuk sudu garfu cerek dan pokok pasu.Tepuk dahi wanita kat luar sana dek rasa tercabar dengan skill memasak beliau yang entah level berapa pon entah lah. Berapa kerat sangat ja yang tolong beliau memasak, tapi at least ada lah jugak. ''Habeh ajes buat apa pulak?'' Eh ajes ni pemantau dan selaku nazir ja tau tengok depa buat keja hahaha. 


''Balaqau balaqau balaqau bla bla bla'' Sekali lagi budak sabah and budak sarawak berjaya buat kotak pancreas ajes geli hahaha. ''Aqu tumbuk qau bak'' yang tu ja yang ajes tau. Ajes ingat loghat utagha ja yang chomel montel tapi ada lagi yang chomel. ''Amboi puji melambung'' ''Ada crushhhh kaaaa?'' lalaaaalaaa. Eh esok hari apa ah? Jom keluar town lariiiii topik haha. Kebanyakan yang join ni budak sabah and sarawak. Yela tak berbaloi rasanya dengan cuti seminggu  ja plus harga tiket flight pergi dan balik. Lagi pun daripada duduk kat hostel mereput dalam bilik baik join hiking ni, ada jugak faedah, dividen, bunga bunga di taman dengan kepelbagaian bio. Ada ja budak semenanjung ni tak balik tanpa bersebab. Barangkali balik penat dan cuti pendek yang tidak berbaloi ajes fikir.


8.00 am
Lajunya! Dari pukul 5.00 am tadi tiba-tiba dah pukul 8.00 am kan? Eh! Awkward pulak ayat ni heee. Senyum tayang gigi. Pendek cerita, lepas breakfast kami diberi sedikit taklimat serba ringkas mengenai perjalanan program untuk kali kedua rasanya, sebelum tu kat kampus. lepas tu ada dapat baju untuk program ni kononnya nak bagi seragam untuk pakai masa hiking nanti huhu. Memang pakai ok? Sebenaqnya kan aku agak gelabah gabra teraba-raba keypad phone tanya si shila dan tak lupa juga dalam group wassep ''selimut nak kena bawak tak?'' ''eh sleeping memang kena booking ka?'', lebih kurang. Diketawakan ajes tau. Choi! Takpa ajes tak ambik hati pon. Namo namo! Lepas dapat sleeping bag tu rasa lega sikit sebab terbayang betapa sejuk tidoq kat atas sana. Mereput ajes kau nanti. Lega. Sapa si Shila tu? Haaaa sebelum wujudnya group wassep geng pecah lemak dia ni lah jadi kaunter pertanyaan ajes. Kena uruskan hal pendaftaran dan terpaksa layan karenah ajes yang entah apa-apa ni kan? Hiks. Ada lagi part mereput tau! Time bahagi khemah. Tau-tau lah kalau khemah ni mesti nak ada khemah mate. Jadi part mana yang mereputnya jes? Untuk pengetahuan ajes ni im only one budak lelaki tahun satu as i mention earlier. So mana ada partner nak tidoq se khemah. Waaaaaa! Menangis dua harkat dalam hati. 


Kami mula berkemas-kemas apa semua and then mula berkumpul untuk stretching atau dalam bahasa mudahnya merenggangkan badan atau memanaskan badan, kaki tangan awam swasta dan juga pelajar tidak ketinggalan. Hoi! Sebelum mula perjalanan kami kira dulu berapa semua cukup ka dak. Penting tau! ''Ya ya tau lah jes''. Dan bacaan doa.


9.00 am 
Dalam lingkungan waktu yang ajes nyatakan diatas ni kami mula perjalanan. ''Berdebar tak ajes?'' Tak pasti lah sebab macam biasa ja huhu. Untuk kali ketiga kami sekali lagi deberi taklimat ringkas serba ringkas perjalanan kami sambil si CK menunjukkan papan tanda arah laluan. Time ni ajes adalah acah acah fokus tau. Tapi entah mengapa dan bagaimana tak pulak. Kesian CK. Tapi yang lain ok kot heeee. Lega. Untuk info semua si CK nilah yang guide kami sepanjang perjalanan kami, Ex UMK yang tengah buat praktikal kalau tak silap. Lima kali lah gila dengar kata dah hiking! Tak payah risau ok pasal lima kali gila tu. Bombastik ok! Tapi gua cakap lu salute! 


Jalan tak berapa kerat dah ''boleh take five tak?'', Ajes. Seriously lah kan memang menyesal dan agak silap besar sebab bawak jumlah muatan dalam bag yang banyak. Berat gila sakit bahu titewww huks huks. Ngada eh? Tapi betullah hrmm. First time siot. Tapi takpa gua redah ja. Tak ingat apa yang terbayang dalam fikiran penulis mungkin-mungkin jadi dalam perjalanan tu. Redha. Sedikit peringatan jangan dok ngada-ngada nak bawak pakaian banyak-banyak. Bajet sehari pakai sepasang baju lah lebih kurang dan jangan bajet hot tau? Hihi. Sebab kat atas sana beruk tak terpegun pon kalau hang hiking acah acah hipster swag ni hahaha. So far, takdak. Bawak yang berpatutan dan pandai pandai hang lah nak bajet dan lagi satu kat atas sana takdak jual nasi bajet. Jangan jadi macam si ajes tu tau? ''Ok!'' Jawab si ajes yg sedang bermonolog dengan diri sendiri. Ok lagi.


10.30 am
Lebih kurang, kami sampai kat air terjun Chemerong. Haaaaaaaa lega baq hang. Apa lagi mandi ah! Whoaaaaa yeaaaa. Seingat ajes lah kan masa tu saiaa masehh lagi acah acah malu kucing meow meow. Dengan perlahan lahan ku tanggal sepatu magista aku tu, cuba cecah kaki ke air. Nampak macam lenggok puisi mintak kaki kan? Maap. Tak sampai dalam lima belas minit macam tu saya tengok budak budak lain naik ke tempat air terjun lagi tinggi, apa lagi mana boleh tahan saya pon ikot depa jugak. Perhhh yang ni tip top! Walaupun dia punya tempat mandi tak sedalam dan seluas dahi member aku, tapi bagi ajes lah kan dia punya view tu. Mak aii. Kat sini agak lama jugak lah sebab ada sesi bergopro, bersjcam, berselfie wiwi uit eh. '' Apehal doooh!'' Marah pembaca. Kat sini air dia betul betul terjun tau! Dalam lingkungan bangunan dua hingga ke tiga tingkat macam tu lah lebih kurang. Menyesal sebenarnya tak beli waterproof case untuk phone ajes ni, kalau tak memang shelpiiee dalam aiyaq  abeh haaaa huhu. Tak sempat nak beli ermm. Kami turun balik ke tempat air terjun yang masa mula mula kami mandi tu. Dekaaat jaaah, tak sampai lima minit. Gua celup body sekali lagi then duduk sat dek kerana sejuk. 


12.00 pm
Maka bersambunglah balik perjalanan kami. Jalan jalan punya jalan nak di pendekkan cerita kami sampai lah kat Kem B. Ah! Masa sambung berjalan perjalanan kedua ni ajes mula leading dok depan. Series lah kan, agak tercabarnya pon adoi nya lahai, mana boleh tahan biar budak perempuan duduk depan walaupun dia berjalan tak duduk. Hengat kelakar eh? Seingat ajes lah  ada dua budak perempuan dari Sarawak sorang nama Liyana dan sorang lagi Fiona. Hrmmmm. Kami berhenti sat kat sini iaitu Bukit Taubat. Hangpa nak tau dak? ''Ya ya apa?'' Sabar boleh?! Ajes tak marah pon lah hihiks. Gelak mintak penampor haha. Memandangkan ajes yg gelak macam tu so dia nampak macam comel sikit. Bash ajes. Berbalik kepada agenda lima minit kat Bukit Taubat tu kan? Series cakap ah beb memang nak bertaubat habeh ah. Nak tau tak pasaipa? Huh! Namo sudah hrmm. Tak merajuk puns nsk nsk :'( whaaaaaa. Ok lah ok dia punya bukit sekali 50 degree lah siot, dia punya kecerunan ah, lebih kurang. Masa kami berehat sat kat situ kami terserempak dengan sekumpulan manusia. Jeng jeng jeng... Tadalah memang kami berselisih dengan sekumpulan pendaki yang turun dari bukit tu,dari KUIS. Ni bukan kuis pagi makan pagi, kuis petang makan malam tu. Tak tak kelakar ah ajes. hrmmm k. Ni KUIS, Kolej Universiti Islam Selangor. Kalau tak silap lah dari tafsiran singkatan perkataan itu. Wah poyo ah hang. 

Sebenarnya nak pendekkan cerita tapi dah macam lari jauh pulak kan? Tidak mengapa layan sahaja karenah ajes ni. Geng KUIS tu tak sampai pon kat Air Terjun Langsir tu sebab ada ahli depa yang injured. Hrmm tumpang simpati. Pendekkan cerita.. ah! 2 3 kali pendek dah ni. Ok ok kali ni pendek cerita betulnya punya. Maka kami pon sampailah kan Kem B as what i mention earlier plus cerita meraban lari jauh tu. Kem Balak. Kat sini kami berehat agak lama jugak. Tahukah anda jarak antara orang yang berada dihapan dengan orang yang berada di belakang adalah lebih kurang sejam. Peh! Lama bukan? Bercinta dengan beruk gamaknya hahaha, Ok ok gurau ok? Tapi memang lama lah jarak dia. Rehat punya rehat lalu aku pon berasa lapar, masing masing mengeluarkan bekalan makanan yang depa tapau pada sebelah pagi yang makanan breakfast tu. Menyesal tak ambek. Hambek hang. Ajes pon acah acah perut sado ah kan  tahan lapar sebab segan nak mintak sebab ada ja yang bawak lebih tapi... biarlah haha. Tapi saia ni kan awaa bukan lah sengal macam selipar sangat, ada lah jugak bawak bekalan makanan sendiri. Apa lagi perlahan lahan ku keluarkan cloud 9 aku yang aku beli di Pantai Timur Hypermarket sebelum datang sini. Makan sambil membayangkan tengah makan nasi berlaukkan budu plus ulama ulaman, ayam goreng berempah. Hoi! Taklah manada ada. Rasa cokelat ah ada pulak dia punya feel nasi. Adoooi. Tapi dah memadai. Kat situ adalah acah acah buat terapi kaki sebab ikan kat situ boleh tahan jinak. Series ah jinak? Ahh. 


3.30 pm
lepas kami sambung perjalan kami tu maka sampailah kat kawasan bermalam kami iaitu Kem Y. Manusia yang bernama ajes ni adalah antara makhluk yang sampai awai. Aku peghati ja Si CK dengan Farell setting khemah kitchen. Bukan peghati ja tau mestilah tawarkan pertolongan. Oleh kerana CK cakap so far tak ada lagi aku pon buat lah kerja sendiri seperti sandar pada sebatang pokok dan dalam cubaan untuk lena, memandangkan khemah mate aku tak sampai lagi sebab barang ada kat depa semua. Tapi tapak aku dah cop dah hehe. Sesampainya makhluk tu, iaitu khemah mate ajes maka kami pon mulalah pasang khemah kami dengan secepat mungkin sebab hujan dah turun renyai renyai. Ingatlah anak anak abam nak pesan, jangan lah disangka air yang tenang tiada kuda. Eh! Khemah kami sedikit ditirisi air. Yang ni leceh dooh. Tapi tidak mengapa asalkan boleh berteduh sudah. 

Hampir semua khemah sudah dipasang dengan jayanya. Tidak lupa juga acara masak memasak bermula. Aktiviti sendiri. Wah pendek betul kau jis.


7.00 pm
Hah dalam hutan ni kami buat kerja dan settle benda alah yang patut sebab kat sana tak ada lampu jalan malah tiada jugak ada kedai lampu yang dijual disana. Paham kan? Tak macam ni dia cepat gelap lah erm. Contohnya kami mandi dan sabun dan memberus gigi di sungai yang berhampiran dengan segera. Eh sengal apa haha. Perut ini sudah berbunyi, tak manada bunyi. Lapaq ah apa lagi makan lah. Tak ingat apa tah menu dia hahah. Lepas makan tu kan buat aktiviti sendiri, tapi memandangkan keadaan sekeliling sangat kelam dan masa tu ajes lah paling advantage sekali. Nak tau tak sebab apa? Hahaha dah dah nak mula ah  merepek tu kan? Dalam pukul 7.40 malam tu adakah patut kami disuruh tidur awal? Perhhh kemon ah tak remaja ah tidur awal awal ni haha. Perancangan awalnya nak tengok movie tapi apakan kan daya perlahan lahan ku cabut earphone aku ditelinga kiri dan kanan ku ini. Yela memang lah pakai kat telinga jangan lah sengal macam selipar sangat? Ok ermm. Namo namo. Apa lagi terus bum. Tidurlah maksudnya tu. Aku tak sangka terpaksa akur letihnya badan mungkin dek kerana perjalan siang tadi tambah pulak tak pernah hiking sebelum ni. 


Sedihnya nsk nsk. ''Nsk'' tu apa jes? Nsk tu dia macam acah acah menanges lah. Biasalah dik bahasa dictionary urban ni pelik sikit. Sedih sebab dah hebeh part satu. Haaaa jangan lain jangan mengada nak sedih sedih pulak. Eh! orang cakap namo namo ah! Ok ok rasanya sampai disini sahaja perkongsian yang serupa mati tak mau hidup segan ni. Jangan risau nanti abang up date untuk next part pulak in sya Allah. Macam biasa boleh tanpa segan silu malu sila lah lemparkan komentar yang membina. Ah nak kritik pon boleh tapi jangan ah lebih lebih dik, nanti abang pukul kau nanti. Kau tau kan abang ni jenis panas baran. Nfs nfs <--- satu lagi tatabahasa level kayu ntah apa tah. Dah dah tak mau meroyan panjang panjang. 

Jangan lupa follow saia di instagram dan twitter @azizrazaks. Abang ni tak lah pemes sangat, adalah dalam 500 k follower kalau depa follow abang lah hahahha. Ok chow! Koey Teow!






Friday 6 March 2015

SMK KMPP


What what?! What the fish this?! 

Lawak pon ada kesian pon ada. Biaq ajes gelak dulu HAHAHAHAHAHAH. Amboi! Ayat biasa "ish tak tau nak mula dari mana" well said. KMPP dah jadi SEKOLAH pftttt. Sat sebelum tu 'pfttt' <--- apa maksud dia? Main redah ja ni huhuhu. Gelak muncung bibir. Berbalik kepada topik dan tajuk asal SMK KMPP. Biaq ajes translate bagi Sekolah Menengah KMPP. Sebelum tu untuk kali kedua mesti tertanya tanya bukan apa dia KMPP tu? Sejenis ubat bisul punggung ka? *18sx* ataupun sejenis aiskrim pasu bunga? Nak tau?. Pegilah tanya pak syeikh google tu. 


Ajes mana tau?

Ajes taulah KMPP tu arwah nenek ajes yang punya. Tepuk dahi and said ajes.. ajes.. ajes.. al fatihah untuk beliau. Boleh jadi beliau tersedak garfu kalau beliau masih hidup. Lama jugak sebenarnya.. erm baru whatsapp Puan Noriha iaitu lecturer ekonomi kat KMPP. Nampak garang dan memang garang KALAU dalam kuliah. Eh! mestilah nak control student yang lebih kurang 15+ orang tu. Apa yang anda expect? Bagi ajes dia ni ok je memang friendly gila dan nampak sifat seolah-olah sifat keibuan tu. Sapa yang tak pernah jumpa secara personal memang tak tau and takkan rasa. Percayalah.. Dan mereka mereka ini akan terus menerus judge beliau negatively. Teedeeewwww lari  jauhnya ahahaha. Ringkas ja lah, ada whatsapp dia tanya apa khabar KMPP and then dia jawab lah. Tengok gambaq.












Terkezut Bukan?

Rata rata netizen KMPP yang pernah melaui detik suka duka drama, rama-rama (dah mula merepek) kat sini mesti tekejut beruk makye punyalah. What the fishhhh is this and maybe they will se- opinion and laughing with me hahahah. Rasanyalah. Macam dah hilang seri bukan? Entah lah tak mau nak panjang panjangkan cerita namo namo naaamoooaa. Oghang kata namo namo ah. Paham dak? HUHUHUHU. Ketawa comel. 


Apa Lagi ermm?

Yang tu ja kot nak bagitau because i have no idea anymore huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuh <--- saja cari pasal huhuhuhu. Seriously lah. Kepada netizen KMPP especially boleh baca dan nilai sendiri the different and the experience that you have through and what happen now. Nantok nantok. Dah lah itu yang ajes dapat setakat artikel 20 kupang ini di publishkan kalau ada apa-apa perubahan nanti akan di update in sya ALLAH kalau rajin. Wokeyh? Dan macam biasa sila lemparkan senyuman dan komen kat bawah ni.   
















Monday 23 February 2015

Fasa dan Masa


Mungkin tak semua orang. Akan tiba satu fasa kita berjumpa dengan dia. Kononnya bahagia selamanya bak kata budak wechat "akuw caryunk cow selsema lamanyerr. Till jannah". Kalau ada sesiapa yang terjumpa makhluk yang sebegini rupa sila dorong dia untuk terjun dari bangunan tinggkat 14 atau lebih baik gaung yg berdekatan.

Kemudian akan tiba satu fasa kita akan kecewa gila dan frust menonggeng, frust membaring, kuak lentang, gaya bebas, kupu kupu, rama rama and so on,  sebab dia yang dulu kononnya over confident dia tu confirm gila dan kononya nak jadi pasangan sehidup semati tu tak kemana pon. Bak kata couple budak darjah lima yg tak sedar tahun depan dia  upsr  "akuw cayunk relay kitew shampai arwah". Dik hang tengok telenovela apa ni yg sampai terpengaruh teruk beruk sangat ni? Rossalinda ayammur ka? *tiba tiba teringat cerita bawang merah bawang putih endon tu hiks* Err 

Mungkin fasa terakhir. Akan tiba satu fasa selepas tu dimana kita sedar yg kita buat benda  bodoh, buang masa, buang duit, buang beruang. Eh! Dan sebagainya. Bila dibaling balik rasa macam nak hantuk kepala ni kat dinding. Seriously! Dekat fasa ni kita akan mula pikir dan yang sebenarnya kita ada tanggungjawab  yang lebih besar. Tau apa dia? Membahagiakan kedua ibu bapa yang dah susah payah cari duit dan membesarkan kita. Dekat fasa ni jugak kita akan mula serious nak cari pasangan hidup lepas study nanti. Dekat fasa ni jugak kita mulai mencongak berapa juta riban yang perlu aku simpan setiap bulan bila dh kerja nanti sebab dan mungkin nak buat belanja kawin, beli rumah, beli kereta, bagi kat mak dan sebagainya.

As what i mention erlier. Tak semua orang. Mungkin sesetengah manusia yg takdir pada awalnya. Apa pengajaran? Semua fasa bodoh dan kadang rasa macam nak hantuk kepala kat dinding tulah yang banyak mengajar untuk hidup lebih matang. Kalau tanya aku "macam pengalaman ja". Hang rasa? Kata orang, perempuan ni lebih dan cepat matang dari lelaki. KADANG tak jugak. Pengalaman tu yang buat hang jadi kuat dan matang in sya Allah. So no words "saiaa taa kuadd awaaa". Nanti siku sampai.

#azizrazaks

Friday 6 February 2015

Cerita Bosan

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Perihal Sihat

Sihat ka semua? Aku? Boleh tahan sihat lah sebab sejak dua tiga hari ni badan tak berapa nak sedap sangat entah mengapa. Kalau demam mesti panas.. eh! demam sejuk pon ada kan? Aku kurang pasti. Kenapa tak pi jumpa doktor?  Jawapan aku... kurang berminat. Tau sebab apa? Sebabnya 'skrip' jawapan kepada persoalan yang umumnya terhadap ketiadaan selera ,panas badan, dan seumpamanya yang boleh dikaitkan dengan demam hanya akan diberi bungkusan oleh doktor yang didalamnya terdapat beberapa biji paracetamol dan ubat tambahan lain untuk melegakan demam. Paham ka tidak ni?


Lepas tu apa hang buat?

Aku buat apa? Aku buat buat aku tak demam. Laalaalaaala di iringi lagu yang berlatar belakangkan kanak kanak riang sedang bermain. Phewwww! Hahaha. Saja en lari jauh? Sapa nampak kita geng! Actually aku buat pendekatan aku sendiri iaitu dengan meminum 100 plus, air kosong, dengan panadol ( kalau perlu ). Wah hebat hang ajis! 


Berkesan tak?

Lepas dengar jawapan ni mesti rasa hambar kan? ENTAH! hahaha... Aku sendiri kurang pasti. Apa yang penting hidup aku berjalan dengan normal selepas tu. Memang tak dapat dinafikan rasa tak larat dan lenguh badan tu masih dapat dirasai. Selera makan pon berkurang, kebanyakannya aku makan makanan yang bersup macam mee sup, kew teow tom yam, dan seumpanya. Biasalah bang simptom demam asalnya memang begitu. Petang rilek dan masih steady lagi main bola. Tadak hal punya. 


Apa motif ?

Ini pon satu.. aku ingat untuk entry kali ni nak tulis pasal stress final tup tup dia tertukar topik penulisan pulak pasal demam! Sebenarnya lagi stress fikir nak tulis apa untuk update entry. Tak payah! Yang mana ada kat pala otak terus sapu bersih pusing mengarut bla bla bla.. Nah! koma. Siap kan? Jadilah entry yang fresh walaupon diolah dengan cara yang bosan. Seriously lah aku sendiri pon bosan baca entry aku kali ni *yawn*. Anda bagaimana?


#azizrazaks






Wednesday 4 February 2015

Ya Tuhan Masih Ada Taubatkah Untuk Aku?

 

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera


Aku nak tanya ada sapa-sapa tak yang potong bawang tadi? Serius tak dak? Oh tidak mengapa barangkali habuk yang berterbangan di udara masuk mata aku. Mesti ramai yang tertanya-tanya dan tidak pasti samada taubat kita diterima ataupun tidak. Buat dosa, lepas tu taubat kemudian buat balik dosa and then nak taubat balik.... Allah terima ka taubat kita tu? Persoalan sedikit sebanyak akan dijawab dalam video ni? Jom sama-sama kita layan video ni.











Sebarang cadangan, kritikan, aduan, tips, amat dialu-alukan. 

#azizrazaks


Tuesday 3 February 2015

Siapa azizrazaks?

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.

Pelik Tapi Benar

Pelik tapi benar, itulah ungkapan yang paling sesuai untuk menggambarkan entri kali. Aku sendiri keliru.. dah kenapa hang ni? hahahha. Sepatutnya aku intro dulu kenapa blog ini dibuat, siapa pemilik blog ni, blog ni berkenaan apa dan sebagainya. Tapi.. setelah berapa abad ketika baru terfikir.. baru nak memperkenalkan blog ni kepada netizen diluar sana yang rata-rata yang tidak mengenali dan sememangnya tidak tahu dan agak tidak keterlaluan untuk aku katakan yang mereka tak terfikir nak ambik tau pon hahaha. Sedih bukan? 

Awat ni?

Sebenarnya bukan tak mau memperkenalkan tetapi .. Tak pernah terfikir *rasanyalah* pon nak buat macam tu . *selang beberapa ketika admin masih terfikir apa yang dia nak tulis. No idea* . Wah! boleh tahan susah gila nya pon adoi bila ilham tak mau mai nih hrmmmmmmmmmmmmmmm *<-- nampak tak permainan?*. 


Tujuan?

Entahlah mengapa blog ini dibuat. Oh! sebelum tu apa kata hangpa semua berbalik kepada tag blog ni ' Blogger Yang Cuba Blogging Dalam Blog Dengan Gaya Bebas', jadi dan rasanya sudah terjawab sedikit sebanyak persoalan *at least* . Tidak ada tujuan yang spesifik dan khusus mengapa blog ini dibuat setakat ini, kedengaran agak bosan bukan? Sebenarnya ada perancangan yang bermain diminda aku ni apa yang nak dibuat pada masa-masa yang akan datang dalam ruangan blog ni. Sabar boleh tak sabar!? 


Sokongan

Aku sangat mengharapkan sokongan padu, mampat, padat dan sewaktu dengannya untuk menjadikan blog ini digilai ramai muuaaahahaahaha! Tak kira lah sanak saudara, keluarga, pak cik, mak cik, jiran sebelah, pengawal keselamatan, abang jpj, angkasawan, cikgu tadika dan sebagainya. Juga tidak lupa kaki kritik, kaki kondem, kaki maki, kaki botol, kaki bangku, ikan kekek mak eloi eloi tenenenene * jauhnya meraban*! Seriuslah support gua beb.


Terkejut?

Perhhh ajis dah jadi blogger dah lani ... Agak-agak keluaq tak ayat macam tu? Semacam tidak percaya bukan? huhuhuh. Poyonya lahai. Sudah-sudahlah la tu.. Sila hentikan keterujaan anda buat seketika. Ya! inilah ajis yang sekarang bukan yang dulu *eh punchline ka tu?*. 


Jemputan

Barang sesiapa yang tertinggal telifon bimbit anda sila tuntut di kaunter pertanyaan dan barang sesiapa yang berminat untuk menulis di ruangan kamar blog yang tak seberapa ni amat dialu-alukan. Macam mana tu? Sila hubungi aku dengan email, whatsapp, wechat,twitter, dan platform yang sesuai dan sebagainya. Samada ulasan sukan, resepi, rahsia kejayaan, tips, teknologi dan sebagainya yang difikirkan sesuai dengan selera pembaca dan sama sekali tidak melanggar undang-undang jalan raya. Dan yang paling penting entri yang tidak bertentangan dengan agama. Juga tidak menyentuh sensetiviti dan florida pada gigi. Setakat itu saja kot untuk sesi pengenalan blog yang tak seberapa nak kenal ini. 


Amaran!

Jangan lupa untuk baca entri yang terbaru yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa jika penulis ini rajin ok? 






Friday 30 January 2015

Blogger Vs Wordpress. Mana Lebih Baik?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Yo what's up geng! Mesti pening dan tertanya-tanya kan mana yang lebih baik samada Blogger atau Wordpress? Haaa untuk entri kali ni aku bagitau hangpa semua yang mana lebih baik berdasarkan pengalaman aku sebelum sebelum ni.


Jawapan Aku?
Bergantung kepada cara penggunaan macam mana nak olah karya agung korang *yekeaaa?*, samada penggunaan tu meluas atupun tidak. Ehh? Hang sembang apa ni doh? Mesti tak faham kan? Rilek ah lepak sini dulu baca sampai habis. Aku akan cuba buat ringkasan supaya mudah nak buat rivew. Ewaahhh!


Blogger 

  • Cara penggunakan mungkin lebih bersifat personal/peribadi yang mana kalau korang semua berhasrat nak bebel meroyan pasal kehidupan korang dan yang bersangkut paut dengannya eloklah pakai Blogger.
  • Mudah! Itu yang aku boleh bagitau. Sebab apa? Blogger lagi senang nak handle, maksud aku senang nak customs atau nak edit korang punya theme, design dan sebagainya. Walaupun begitu kelebihan platform ni adalah satu kekurangan pada masa yang sama. Daaahh kenapa pulaaaakk?  Haaa bab tu aku tak nak terangkan secara detail lagi buat masa ni. Bukan apa tak cukup ilmu di dada hiks *tersenyum malu*. 

Aku dah letak gambar tu sendiri- sendiri usha lah eh? Walaupun statistik ni dah lama. Kalau nak lebih informasi lagi usha sini compete.com




Pelawat Unik



Jumlah Lawatan



Wordpress
  • Actually boleh jugak nak guna wordpress sebagai personal blog untuk nak meroyan pasal kehidupan, ramuan masakan/resepi dan sebagainya as what i mention earlier. Wow! Curlas kau! hak. 
  • Agak mudah lah, boleh lah, not bad sebenarnya. Tau tak sebab apa? Sebab banyak widget yang dia sediakan dan takpayah nak download bagai dah. Adalaaaah boleh tahan jugak dia punya widget berbanding Blogger. Sebab apa?? Sebab Blogger ni nak kena setting 'manual' dalam kata lain korang semua nak kena paham html, java script dan sebagainya walaupun dah ada tutorial. Leceh jugak. Bagi aku lah.
  • Banyak sangat widget! Sampai tak terpilih aku hahaha. 



Purata Yang Tinggal

Aku rasa cukup sampai setakat ni dulu buat salam perkenalan dan first impression aku. Tolonglaaaa rajin-rajin buat rivew sikit dan bertanya kepada bro dan sis yang pro korek-korek ilmu macam mana nak blogging ni bagai. Apa-apa pon aku ucapkan selamat datang kepada sesiapa yang baru nak berjinak dalam dunia blogging ni. Selamat meroyan!









Thursday 29 January 2015

Wah Lajunya Update Entry #1 !!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Untuk entri yang pertama ni, ceeewaaaahhh hahaha nampak tak? Ada permainan kat situ canggihnya bahasa hahah. Ada pengunaan tatabahasa yang agak tinggi puuiihh blah la hahah. Actually dan rasanyalah kan ni entri dah masuk yang kedua. Tapi boleh dipertimbangkan jugak sebab untuk first blogging tu try nak test blog ni ja. Boleh ah usha gambar kat bawah ni. Bagi aku dah cukup puas hati aku custom sampai macam ni so far lah kan... tapi kalau ada rezeki nak bagi tip top meletop lagi. Wow!







Untuk menjadikan blog ni tidak membosankan, aku cuba elakkan gaya penulisan yang agak formal dan janggal bukan kerana sifat formal itu adalah janggal tetapi cara dan bagaimana aku nak mengolah ayat tu bagi cantik dan lebih artistik adalah sukar. Yaakaaa sukar? Eh! Actually aku dah stalk, usha, peghati dan sebagainya cara macam mana depa ni mengolah karya blogging dengan cara tersendiri. So aku decide aku pon ada cara tersendiri jugak. Supaya mudah aku nak berkarya *kononnyalah*.   


Sebenarnya kan aku dah pernah cuba-cuba untuk jadi blogger untuk  blogging aku punya karya kat blog kira-kira dalam setahun lebih yang lalu. Bak kata abang saleng, tapi saaiiyaaaanggg ... hangat-hangat taik ayam. Puih! Untuk kali ni In Sya ALLAH aku akan cuba konsisten untuk berkarya walupun aku ni bukan dari keturunan yang suka berkarya *setahu aku lah* malah tangan-tangan aku sendiri aku dah kenal pasti bukan jenis akulah yang suka dok lepak dalam blog ni ewwww. Come on!




Karya dalam kata lain bagi aku sangat luas. Bukan hanya semata-mata lepak dibawah tempurung dengan katak untuk meroyan berjimba bagai. Nak tau apa? apa? apa? Tunggu sudah lah. Yang penting dalam karya skop yg luas. Teeedeaaaa. Buat suspen boleh. 



p/s: penggunaan bahasa dalam entri diatas mungkin boleh diklasifikasikan sebagai rojak. Kenapa? Suka hati aku lah ahahaha. Aku tak jamin untuk entri yang akan datang tertulis dala bahasa surat formal bla bla bla and bla. Diharap tidak akan timbul isu mahupun tisu. Eh apa kena mengena? 


#azizrazak


-Aku amat-amat mengharapkan kritikan, komen dan maklum balas. Sekiranya terdapat apa-apa kekurangan dalam entri ini samada dari segi gaya penulisan, blog custom dan sebagainya sila beri tunjuk ajar. 







Blog Ini Masih Dalam Pembikinan



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Blog ini masih dalam proses pembikinan. Segala cadangan, kritikan dan sebagainya amat dialu-alukan. Masih baru dalam dunia blogging. Sila beri tunjuk ajar ( COURIER )






Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Blog ini masih dalam proses pembikinan. Segala cadangan, kritikan dan sebagainya amat dialu-alukan. Masih baru dalam dunia blogging. Sila beri tunjuk ajar ( GEORGIA )






Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Blog ini masih dalam proses pembikinan. Segala cadangan, kritikan dan sebagainya amat dialu-alukan. Masih baru dalam dunia blogging. Sila beri tunjuk ajar ( TIMES )









Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Blog ini masih dalam proses pembikinan. Segala cadangan, kritikan dan sebagainya amat dialu-alukan. Masih baru dalam dunia blogging. Sila beri tunjuk ajar ( VERDANA )












Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Blog ini masih dalam proses pembikinan. Segala cadangan, kritikan dan sebagainya amat dialu-alukan. Masih baru dalam dunia blogging. Sila beri tunjuk ajar ( HELVITICA )












Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Blog ini masih dalam proses pembikinan. Segala cadangan, kritikan dan sebagainya amat dialu-alukan. Masih baru dalam dunia blogging. Sila beri tunjuk ajar ( ARIAL )