Tuesday 3 February 2015

Siapa azizrazaks?

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.

Pelik Tapi Benar

Pelik tapi benar, itulah ungkapan yang paling sesuai untuk menggambarkan entri kali. Aku sendiri keliru.. dah kenapa hang ni? hahahha. Sepatutnya aku intro dulu kenapa blog ini dibuat, siapa pemilik blog ni, blog ni berkenaan apa dan sebagainya. Tapi.. setelah berapa abad ketika baru terfikir.. baru nak memperkenalkan blog ni kepada netizen diluar sana yang rata-rata yang tidak mengenali dan sememangnya tidak tahu dan agak tidak keterlaluan untuk aku katakan yang mereka tak terfikir nak ambik tau pon hahaha. Sedih bukan? 

Awat ni?

Sebenarnya bukan tak mau memperkenalkan tetapi .. Tak pernah terfikir *rasanyalah* pon nak buat macam tu . *selang beberapa ketika admin masih terfikir apa yang dia nak tulis. No idea* . Wah! boleh tahan susah gila nya pon adoi bila ilham tak mau mai nih hrmmmmmmmmmmmmmmm *<-- nampak tak permainan?*. 


Tujuan?

Entahlah mengapa blog ini dibuat. Oh! sebelum tu apa kata hangpa semua berbalik kepada tag blog ni ' Blogger Yang Cuba Blogging Dalam Blog Dengan Gaya Bebas', jadi dan rasanya sudah terjawab sedikit sebanyak persoalan *at least* . Tidak ada tujuan yang spesifik dan khusus mengapa blog ini dibuat setakat ini, kedengaran agak bosan bukan? Sebenarnya ada perancangan yang bermain diminda aku ni apa yang nak dibuat pada masa-masa yang akan datang dalam ruangan blog ni. Sabar boleh tak sabar!? 


Sokongan

Aku sangat mengharapkan sokongan padu, mampat, padat dan sewaktu dengannya untuk menjadikan blog ini digilai ramai muuaaahahaahaha! Tak kira lah sanak saudara, keluarga, pak cik, mak cik, jiran sebelah, pengawal keselamatan, abang jpj, angkasawan, cikgu tadika dan sebagainya. Juga tidak lupa kaki kritik, kaki kondem, kaki maki, kaki botol, kaki bangku, ikan kekek mak eloi eloi tenenenene * jauhnya meraban*! Seriuslah support gua beb.


Terkejut?

Perhhh ajis dah jadi blogger dah lani ... Agak-agak keluaq tak ayat macam tu? Semacam tidak percaya bukan? huhuhuh. Poyonya lahai. Sudah-sudahlah la tu.. Sila hentikan keterujaan anda buat seketika. Ya! inilah ajis yang sekarang bukan yang dulu *eh punchline ka tu?*. 


Jemputan

Barang sesiapa yang tertinggal telifon bimbit anda sila tuntut di kaunter pertanyaan dan barang sesiapa yang berminat untuk menulis di ruangan kamar blog yang tak seberapa ni amat dialu-alukan. Macam mana tu? Sila hubungi aku dengan email, whatsapp, wechat,twitter, dan platform yang sesuai dan sebagainya. Samada ulasan sukan, resepi, rahsia kejayaan, tips, teknologi dan sebagainya yang difikirkan sesuai dengan selera pembaca dan sama sekali tidak melanggar undang-undang jalan raya. Dan yang paling penting entri yang tidak bertentangan dengan agama. Juga tidak menyentuh sensetiviti dan florida pada gigi. Setakat itu saja kot untuk sesi pengenalan blog yang tak seberapa nak kenal ini. 


Amaran!

Jangan lupa untuk baca entri yang terbaru yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa jika penulis ini rajin ok? 






0 comments:

Post a Comment