Saturday 23 May 2015

Bukan Info GST Mahupun UPU


Gambar Sekadar Hiasan





Tahniah!

Tahniah pada yg dapat upu abang ucapkan  bagi yg tak dapat tu janganlah bersedih dan banyakkan bertabah sebab walaupun tiada rotan, penampar pon berguna juga nanti utk kau. Adik adik baru nak up ni mungkin tertanya tanya kan kat u ni kelas apa paling best? Kau nak tau tau kelas apa yg paling best? "Kelas cancel" haahahhaaha . Lewls


Peringatan!



Dekat u ni hang jangan lupa satu benda ni dik . Benda ni sangat mustahak yg student selalu lupa. "Apa tu bang?" Sabar boleh sabar? Jangan lupa bawak external hardisk yang kapasiti sekurang kurangnya 500gb untuk mengopi movie, cerita korea, running man, game dan lain lain. Sudahlah dik malas nak layan hangpa semua ni.


Instagram


Ya slot 'Kapsyen Win?' ni semua abang ambik dari caption instagram abang. Sengaja abang buat slot ni sebab nak haptudate belog ni hik hik. Nanti akan akan diupdate dari semasa ke semasa nah. Btw kalau tak malu follow lah abang punya intagram @azizrazaks. 







Monday 4 May 2015

Pecah Lemak Siot Part 1

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Wow! Dengar tajuk entry pon sudah kejam bukan? Agak tidak keterlaluan untuk saiaa katakan yang saiaa taa kuaad awaaa hahaha. Ah! Ni lagi seperkara lagi yang osx, windows dan juga linux kena sediakan. Apakah? Nak EMOJI!!! Mana mungkin selimuuut tertanggal? NO lah! actually just nak gambarkan perasan ketika menulis entry sahaja. Poyo bukan? Ni masalah ajes sorang ni bila tulis entry memang akan lari tajuk jauh punyalah. Adoyai. Tepuk dahi semua. Kita tinggalkan dulu perkara yang bukan menjadi agenda utama ketika entry ini ditulis. 


Apa yang siaa taa kuad ini nak tegaskan kat sini, tentatif atau perjalanan program malahan fakta berapa tinggi gunung, air  terjun, pokok kelapa, tingginya ego dan lain-lain bukanlah menjadi bahan bualan untuk entry kali even sebelum ni pon ''ada ka weyh''? . Sebab apa? BOSAN. Yup nampak macam ''seriously lah?'' kan? Actually boleh ja hangpa dan anda anda semua tanya pakcik google dan godek godek sikit belog lain cari info mengenai Gunung Chemerong Berlangsir ni. Tapi rasanya adalah sikit sikit. Sikit-sikit apa? ''Sikit sikit dia tanya, dimana''? Cuba teka apa dia? Hint; Taufik Batisah. Jimbit betoi ajes ni. 


Ngantok bak hang. Seriuslah weyh. Dua belas lebih malam kot masa tulis entry kat perenggan ni. 


Ahad - 5 April 2015

11.30 pm
Dari hari, tarikh dan waktu perjalanan program kami selama 2 hari 3 malam dari UMK. Alaaaaa dia punya cara sebut penulisan agak bosan kan? Memang pon ajes merasa sebegitu jugak hew hew. Naaaa tidoooq. 


Sebenarnya masa yang dijadualkan bertolak pukul 10.30 pm, tapi apakan daya dan macam biasa entah mengapa. Sabaq banyak lah sampai sebelas lebih tu. Tidak dapat dinafikan aku agak kekok dan rasa sedikit asing. Eh tolonglah.. tau la ajes ni tak berapa nak ku puteh. Apaaa lagi dooh ajes ni? Selekeh la siaa hahaha. Tapi memang betoi lah sebab ni bukan lagu im not only one tau? Ni memang im the only one budak laki tahun satu tau. Dah lah ajak budak lain takmau ikut. ''Awat tak ajak aku?'' ayat tulah lah yg keluaq lepas dah full apa semua tu. Eh! Ajak kot siap pas dalam group lagi. Tapi apakan daya depa punya homesick tak sekebal ajes heeew. Nak tau sebab apa? ''Tak mau tau!" Marah seorang pembaca yg tertunggu tunggu dari tadi bila la ajes nak habeh merepek. 


Masa tunggu dekat pondok bawah tu adalah dua tiga budak senior perempuan yang mesra alam sekitar serta mesra alam flora dan fauna gitew tegur tanya nama and bla bla and bla. Laki takdak ka? Ada. Ajes sorang ja kot kat situ, yang selebihnya tunggu kat tempat lain dan ada yang pi sendiri. Dalam hati rasanya dok baca ''mereput''. Awhhh. Adalah depa mai buat chek name list apa semua sikit sikit macam tu. OK! part ni agak kelakar and im be like ''what what what?''. Seriously lah kan depa ingat AJES ni perempuan. Sedikit geli pancreas sebenarnya. Mungkin menjadi sebab adalah ajes ni depa hanya kenal melaui group whatsapp tanpa kenal personaliti terbabit. Ajeslah tu okey! Tapi agak logik jugak sebab ada sorang kanak kanak  wanita ribena tahun dua yang tinggi dan cirinya tak lari jauh dengan budak upsr yang hampir sama nama iaitu Jessica and nickname beliau orang panggil JES , cuma kurang A ja kat depan. Agak logik bukan? Menurut saksi kejadian, penulis entry ini telah dikejarkan ke hospital veterinar selepas ditumbuk parah oleh suspek iaitu Jes akibat mangsa menggelar suspek kanak kanak ribena dan spesis dengan upsr. Lepas tu adalah berkenalan dengan dua orang lecturer ni iaitu Encik Bob and Mr Simons, Mr Sam jugak selaku nickname beliau. Tak banyak berbual pon. Campak beg terus naik bas.


''Ooooooh ni la ajes tu'' Ok dah kenal suda. Atas bas tu tadak buat apa pon. Yelaaa memang la tak buat apa, takkan nak main batu seremban pulak. Eh! Cuma tanya nama aku ja bagi yang tak kenal lagi tu. Part ni aku tak banyak bercakap. DAN begitulah yang seterusnya adalah beberapa moment dan ketika. Depa pon ada jugak komen ajes ni pendiam. Secara jujurnyalah kan aku ni memang jenis yang pendiam bila tak kenal orang and masa mula-mula. Taktau pulak orang lain macam mana or memang normal? Tidak mengapa kita tinggalkan dulu isu tu. Bagi memberkati perjalan, kami baca dulu mintak selamat pergi dan balik. Alhamdulillah selamat pon tulis entry huhu. Tidoq sepanjang perjalanan adalah aktiviti utama ajes, adalaaa bangun sat lepas tu tidoq balik dan macam tulah seterusnya. Alaaa ajes ni berani bet lah semua makhluk atas bas macam tu hahaha. Tup Tup eh dah sampai? How time flies hok aloh budu jah. 


Isnin - 6 Mac 2015

4.30 am
Awal siottt -.- Tapi apapun kami sampai sudaaaaa di Hutan Lipur Chemerong dekat dengan kaki bukit Gunung Chemerong  Terengganu. Kali ni ajes yang pendiam ni agak banyak cakap jugak. Mungkin la. ''Sekarang nak kena buat buat apa?'' ''kena mandi ka?'' ''tandas kat mana?'' ''surau kat mana?'' diselang seli dengan diam si ajes. Agak krik krik jugak lah pagi tu sebab sampai awal kan? ''Eh tanya titew pulak en?''. Kami lepak kat cafe bawah tu yang tak bukak lagi. Masing-masing buat aktiviti sendiri, ada tidoq. Ah! yang tu Mr Sam lah yang paling ketara sekali. Selamba dia ja tidoq atas lantai. Tapi takpa ajes paham barangkali beliau penat dan mengantuk sangat. OK yang ni paling ajaib, ''Ajes tak tidoq lah siooot'' hahaha. Kalau rata rata yang kenal, ajes ni bolehlah diketegorikan sebagai kuat tidoq. Ajaib bukan? Sumpah tak telan pil kuda!Ada jugak yang tidoq cara tradisi iaitu kepala  di atas meja. Ada jugak yang mandi, ''MANDI?'' perrrrrrrrr tolonglaaa. Boleh bayang kot dia punya suhu aiyaq. ''Aiyaq tu apa jes?'' aiyaq tu air lah dalam bahasa utagha. 


5.00 am 
Yang ni aktiviti yang paling wajib. Nak tau apadia? MEMASAK. Bahagian ni saia agak pelik sebenarnya bukan apa sebab cara memasak dia terlalu simple dengan pakai portable stove tu ja and ada lah sikit sikit yang buat pertama kali awkward sikit. Apa yang menarik perhatian ajes kat sini ialah yang si tukang masak tu ialah sis kiki. Sat nak gelak hahahaha. Sis what? Yup dia ni jantan lah gila tapi personaliti ala ala wanita tu buat ajes awkward sikit. Tapi lama kelamaan dah mula terbiasa dengan dia. Tak kenal maka tak cinta. Dah kenal ka? Eh tolonglaaa mana ada bercinta dengan dia pun. Kiki lala hello kitty ni milik hak mutlak cinta sejati sehidup semati si CK ok? hahahaha. Tapi masakan dia memang tip top habeh lah gua sembang sama lu tak bohong. Ni kalau hantaran takdak 50 k tak payah lah berangan nak bersuamikan laki yang pandai masak macam KiKi ni hahaha. Walaupun perigi terpaksa cari timba gamaknya heewww. Eh lembut lembut dia macam tu pon berisi tau dengan ilmu dapur pinggan mangkuk sudu garfu cerek dan pokok pasu.Tepuk dahi wanita kat luar sana dek rasa tercabar dengan skill memasak beliau yang entah level berapa pon entah lah. Berapa kerat sangat ja yang tolong beliau memasak, tapi at least ada lah jugak. ''Habeh ajes buat apa pulak?'' Eh ajes ni pemantau dan selaku nazir ja tau tengok depa buat keja hahaha. 


''Balaqau balaqau balaqau bla bla bla'' Sekali lagi budak sabah and budak sarawak berjaya buat kotak pancreas ajes geli hahaha. ''Aqu tumbuk qau bak'' yang tu ja yang ajes tau. Ajes ingat loghat utagha ja yang chomel montel tapi ada lagi yang chomel. ''Amboi puji melambung'' ''Ada crushhhh kaaaa?'' lalaaaalaaa. Eh esok hari apa ah? Jom keluar town lariiiii topik haha. Kebanyakan yang join ni budak sabah and sarawak. Yela tak berbaloi rasanya dengan cuti seminggu  ja plus harga tiket flight pergi dan balik. Lagi pun daripada duduk kat hostel mereput dalam bilik baik join hiking ni, ada jugak faedah, dividen, bunga bunga di taman dengan kepelbagaian bio. Ada ja budak semenanjung ni tak balik tanpa bersebab. Barangkali balik penat dan cuti pendek yang tidak berbaloi ajes fikir.


8.00 am
Lajunya! Dari pukul 5.00 am tadi tiba-tiba dah pukul 8.00 am kan? Eh! Awkward pulak ayat ni heee. Senyum tayang gigi. Pendek cerita, lepas breakfast kami diberi sedikit taklimat serba ringkas mengenai perjalanan program untuk kali kedua rasanya, sebelum tu kat kampus. lepas tu ada dapat baju untuk program ni kononnya nak bagi seragam untuk pakai masa hiking nanti huhu. Memang pakai ok? Sebenaqnya kan aku agak gelabah gabra teraba-raba keypad phone tanya si shila dan tak lupa juga dalam group wassep ''selimut nak kena bawak tak?'' ''eh sleeping memang kena booking ka?'', lebih kurang. Diketawakan ajes tau. Choi! Takpa ajes tak ambik hati pon. Namo namo! Lepas dapat sleeping bag tu rasa lega sikit sebab terbayang betapa sejuk tidoq kat atas sana. Mereput ajes kau nanti. Lega. Sapa si Shila tu? Haaaa sebelum wujudnya group wassep geng pecah lemak dia ni lah jadi kaunter pertanyaan ajes. Kena uruskan hal pendaftaran dan terpaksa layan karenah ajes yang entah apa-apa ni kan? Hiks. Ada lagi part mereput tau! Time bahagi khemah. Tau-tau lah kalau khemah ni mesti nak ada khemah mate. Jadi part mana yang mereputnya jes? Untuk pengetahuan ajes ni im only one budak lelaki tahun satu as i mention earlier. So mana ada partner nak tidoq se khemah. Waaaaaa! Menangis dua harkat dalam hati. 


Kami mula berkemas-kemas apa semua and then mula berkumpul untuk stretching atau dalam bahasa mudahnya merenggangkan badan atau memanaskan badan, kaki tangan awam swasta dan juga pelajar tidak ketinggalan. Hoi! Sebelum mula perjalanan kami kira dulu berapa semua cukup ka dak. Penting tau! ''Ya ya tau lah jes''. Dan bacaan doa.


9.00 am 
Dalam lingkungan waktu yang ajes nyatakan diatas ni kami mula perjalanan. ''Berdebar tak ajes?'' Tak pasti lah sebab macam biasa ja huhu. Untuk kali ketiga kami sekali lagi deberi taklimat ringkas serba ringkas perjalanan kami sambil si CK menunjukkan papan tanda arah laluan. Time ni ajes adalah acah acah fokus tau. Tapi entah mengapa dan bagaimana tak pulak. Kesian CK. Tapi yang lain ok kot heeee. Lega. Untuk info semua si CK nilah yang guide kami sepanjang perjalanan kami, Ex UMK yang tengah buat praktikal kalau tak silap. Lima kali lah gila dengar kata dah hiking! Tak payah risau ok pasal lima kali gila tu. Bombastik ok! Tapi gua cakap lu salute! 


Jalan tak berapa kerat dah ''boleh take five tak?'', Ajes. Seriously lah kan memang menyesal dan agak silap besar sebab bawak jumlah muatan dalam bag yang banyak. Berat gila sakit bahu titewww huks huks. Ngada eh? Tapi betullah hrmm. First time siot. Tapi takpa gua redah ja. Tak ingat apa yang terbayang dalam fikiran penulis mungkin-mungkin jadi dalam perjalanan tu. Redha. Sedikit peringatan jangan dok ngada-ngada nak bawak pakaian banyak-banyak. Bajet sehari pakai sepasang baju lah lebih kurang dan jangan bajet hot tau? Hihi. Sebab kat atas sana beruk tak terpegun pon kalau hang hiking acah acah hipster swag ni hahaha. So far, takdak. Bawak yang berpatutan dan pandai pandai hang lah nak bajet dan lagi satu kat atas sana takdak jual nasi bajet. Jangan jadi macam si ajes tu tau? ''Ok!'' Jawab si ajes yg sedang bermonolog dengan diri sendiri. Ok lagi.


10.30 am
Lebih kurang, kami sampai kat air terjun Chemerong. Haaaaaaaa lega baq hang. Apa lagi mandi ah! Whoaaaaa yeaaaa. Seingat ajes lah kan masa tu saiaa masehh lagi acah acah malu kucing meow meow. Dengan perlahan lahan ku tanggal sepatu magista aku tu, cuba cecah kaki ke air. Nampak macam lenggok puisi mintak kaki kan? Maap. Tak sampai dalam lima belas minit macam tu saya tengok budak budak lain naik ke tempat air terjun lagi tinggi, apa lagi mana boleh tahan saya pon ikot depa jugak. Perhhh yang ni tip top! Walaupun dia punya tempat mandi tak sedalam dan seluas dahi member aku, tapi bagi ajes lah kan dia punya view tu. Mak aii. Kat sini agak lama jugak lah sebab ada sesi bergopro, bersjcam, berselfie wiwi uit eh. '' Apehal doooh!'' Marah pembaca. Kat sini air dia betul betul terjun tau! Dalam lingkungan bangunan dua hingga ke tiga tingkat macam tu lah lebih kurang. Menyesal sebenarnya tak beli waterproof case untuk phone ajes ni, kalau tak memang shelpiiee dalam aiyaq  abeh haaaa huhu. Tak sempat nak beli ermm. Kami turun balik ke tempat air terjun yang masa mula mula kami mandi tu. Dekaaat jaaah, tak sampai lima minit. Gua celup body sekali lagi then duduk sat dek kerana sejuk. 


12.00 pm
Maka bersambunglah balik perjalanan kami. Jalan jalan punya jalan nak di pendekkan cerita kami sampai lah kat Kem B. Ah! Masa sambung berjalan perjalanan kedua ni ajes mula leading dok depan. Series lah kan, agak tercabarnya pon adoi nya lahai, mana boleh tahan biar budak perempuan duduk depan walaupun dia berjalan tak duduk. Hengat kelakar eh? Seingat ajes lah  ada dua budak perempuan dari Sarawak sorang nama Liyana dan sorang lagi Fiona. Hrmmmm. Kami berhenti sat kat sini iaitu Bukit Taubat. Hangpa nak tau dak? ''Ya ya apa?'' Sabar boleh?! Ajes tak marah pon lah hihiks. Gelak mintak penampor haha. Memandangkan ajes yg gelak macam tu so dia nampak macam comel sikit. Bash ajes. Berbalik kepada agenda lima minit kat Bukit Taubat tu kan? Series cakap ah beb memang nak bertaubat habeh ah. Nak tau tak pasaipa? Huh! Namo sudah hrmm. Tak merajuk puns nsk nsk :'( whaaaaaa. Ok lah ok dia punya bukit sekali 50 degree lah siot, dia punya kecerunan ah, lebih kurang. Masa kami berehat sat kat situ kami terserempak dengan sekumpulan manusia. Jeng jeng jeng... Tadalah memang kami berselisih dengan sekumpulan pendaki yang turun dari bukit tu,dari KUIS. Ni bukan kuis pagi makan pagi, kuis petang makan malam tu. Tak tak kelakar ah ajes. hrmmm k. Ni KUIS, Kolej Universiti Islam Selangor. Kalau tak silap lah dari tafsiran singkatan perkataan itu. Wah poyo ah hang. 

Sebenarnya nak pendekkan cerita tapi dah macam lari jauh pulak kan? Tidak mengapa layan sahaja karenah ajes ni. Geng KUIS tu tak sampai pon kat Air Terjun Langsir tu sebab ada ahli depa yang injured. Hrmm tumpang simpati. Pendekkan cerita.. ah! 2 3 kali pendek dah ni. Ok ok kali ni pendek cerita betulnya punya. Maka kami pon sampailah kan Kem B as what i mention earlier plus cerita meraban lari jauh tu. Kem Balak. Kat sini kami berehat agak lama jugak. Tahukah anda jarak antara orang yang berada dihapan dengan orang yang berada di belakang adalah lebih kurang sejam. Peh! Lama bukan? Bercinta dengan beruk gamaknya hahaha, Ok ok gurau ok? Tapi memang lama lah jarak dia. Rehat punya rehat lalu aku pon berasa lapar, masing masing mengeluarkan bekalan makanan yang depa tapau pada sebelah pagi yang makanan breakfast tu. Menyesal tak ambek. Hambek hang. Ajes pon acah acah perut sado ah kan  tahan lapar sebab segan nak mintak sebab ada ja yang bawak lebih tapi... biarlah haha. Tapi saia ni kan awaa bukan lah sengal macam selipar sangat, ada lah jugak bawak bekalan makanan sendiri. Apa lagi perlahan lahan ku keluarkan cloud 9 aku yang aku beli di Pantai Timur Hypermarket sebelum datang sini. Makan sambil membayangkan tengah makan nasi berlaukkan budu plus ulama ulaman, ayam goreng berempah. Hoi! Taklah manada ada. Rasa cokelat ah ada pulak dia punya feel nasi. Adoooi. Tapi dah memadai. Kat situ adalah acah acah buat terapi kaki sebab ikan kat situ boleh tahan jinak. Series ah jinak? Ahh. 


3.30 pm
lepas kami sambung perjalan kami tu maka sampailah kat kawasan bermalam kami iaitu Kem Y. Manusia yang bernama ajes ni adalah antara makhluk yang sampai awai. Aku peghati ja Si CK dengan Farell setting khemah kitchen. Bukan peghati ja tau mestilah tawarkan pertolongan. Oleh kerana CK cakap so far tak ada lagi aku pon buat lah kerja sendiri seperti sandar pada sebatang pokok dan dalam cubaan untuk lena, memandangkan khemah mate aku tak sampai lagi sebab barang ada kat depa semua. Tapi tapak aku dah cop dah hehe. Sesampainya makhluk tu, iaitu khemah mate ajes maka kami pon mulalah pasang khemah kami dengan secepat mungkin sebab hujan dah turun renyai renyai. Ingatlah anak anak abam nak pesan, jangan lah disangka air yang tenang tiada kuda. Eh! Khemah kami sedikit ditirisi air. Yang ni leceh dooh. Tapi tidak mengapa asalkan boleh berteduh sudah. 

Hampir semua khemah sudah dipasang dengan jayanya. Tidak lupa juga acara masak memasak bermula. Aktiviti sendiri. Wah pendek betul kau jis.


7.00 pm
Hah dalam hutan ni kami buat kerja dan settle benda alah yang patut sebab kat sana tak ada lampu jalan malah tiada jugak ada kedai lampu yang dijual disana. Paham kan? Tak macam ni dia cepat gelap lah erm. Contohnya kami mandi dan sabun dan memberus gigi di sungai yang berhampiran dengan segera. Eh sengal apa haha. Perut ini sudah berbunyi, tak manada bunyi. Lapaq ah apa lagi makan lah. Tak ingat apa tah menu dia hahah. Lepas makan tu kan buat aktiviti sendiri, tapi memandangkan keadaan sekeliling sangat kelam dan masa tu ajes lah paling advantage sekali. Nak tau tak sebab apa? Hahaha dah dah nak mula ah  merepek tu kan? Dalam pukul 7.40 malam tu adakah patut kami disuruh tidur awal? Perhhh kemon ah tak remaja ah tidur awal awal ni haha. Perancangan awalnya nak tengok movie tapi apakan kan daya perlahan lahan ku cabut earphone aku ditelinga kiri dan kanan ku ini. Yela memang lah pakai kat telinga jangan lah sengal macam selipar sangat? Ok ermm. Namo namo. Apa lagi terus bum. Tidurlah maksudnya tu. Aku tak sangka terpaksa akur letihnya badan mungkin dek kerana perjalan siang tadi tambah pulak tak pernah hiking sebelum ni. 


Sedihnya nsk nsk. ''Nsk'' tu apa jes? Nsk tu dia macam acah acah menanges lah. Biasalah dik bahasa dictionary urban ni pelik sikit. Sedih sebab dah hebeh part satu. Haaaa jangan lain jangan mengada nak sedih sedih pulak. Eh! orang cakap namo namo ah! Ok ok rasanya sampai disini sahaja perkongsian yang serupa mati tak mau hidup segan ni. Jangan risau nanti abang up date untuk next part pulak in sya Allah. Macam biasa boleh tanpa segan silu malu sila lah lemparkan komentar yang membina. Ah nak kritik pon boleh tapi jangan ah lebih lebih dik, nanti abang pukul kau nanti. Kau tau kan abang ni jenis panas baran. Nfs nfs <--- satu lagi tatabahasa level kayu ntah apa tah. Dah dah tak mau meroyan panjang panjang. 

Jangan lupa follow saia di instagram dan twitter @azizrazaks. Abang ni tak lah pemes sangat, adalah dalam 500 k follower kalau depa follow abang lah hahahha. Ok chow! Koey Teow!