Thursday 11 June 2015

Pesan Sebelum Exam

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Haaaaa hari ni abang takmau tuleh panjang panjang just nak bagitau pastikan sebelum tidur basuh kaki. Sekian sahaja laporan saya dari tempat kejadian. Kita balik ke bilik berita. Pernah tak ? Pernah tak rasa macam nak penampo aja si ajes ni? Janganlaaaa  janganlaa  titew nak ekzem ni ermm :’( 

Sebenarnya penulis rasa serba salah hendak tulis panjang panjang ni ermm. Persoalannya siapakah yang sudi membaca nya pon adoi? Tidak mengapa kita terus ke tajuk perbincangan kita iaitu persediaan sebelum exam, terjemahan dalam bahasa Melayu nya ialah peperiksaan. “Itew tawu arhhh.. poyo ah brader neyh’’. Hok aloooh!


Maaf Ya!

Ya! Benda ini saya rasakan amat penting sangat dan saya rasa semua bersetuju dengan pendapat saya. Setuju? “Setuju!!!” sahut almari, kipas, katil,  selimut, selimut tetangga (tidak lupa juga jiran tetangga) dan kerusi serta laici susu. Eh! Sudah kenapa? Binawe betoi jes ni. 

Sebenarnya bila kita bermaaf maafan ni kita janganlah kita lupakan wajik dan dodol peninggalan nenek zaman berzaman pula. Pakcik dan makcik ni asyik bersembang aja. Duit raya mana? Duit? Duit? Hahaha

“Hengat kelakar ke?” Dimarahnya ajes lagi nsk nsk :’( ermmm. Persoalannya kenapa kita perlu bermaafan maafan? Bila kita bermaaf maafan ni secara tidak langsung jiwa, hati dan perasaan kita akan tenang. Bak kata pepatah orang tua tua dulu “air yang tenang jangan disangka tiada buaya”. “Ape kene mengene lah shiaalll?!”. 



Apa lagi?

Minta restu ibu dan bapa, bagi yang takdak tu mintalah restu dari penjaga tak kira siapa beliau. “Macam mana nak buat tu ajes ermm?”. Ok bagitau pendapat abang lah kan dia macam ni “Mak cek nak exam dah ni so cek nak minta restu kat mak. Doakan cek supaya dapat menjawab dengan baik. bla bla bla” yang bla bla tu tambahlah apa jua ucapan yang dapat menyedapkan hati beliau atau apa apa jua ucapan yang sesuai (10 markah). Hik hik! Lebih kurang macam tu lah. 

Kalau nak lagi touching peluklah beliau dan berkata cek sayang mak wouuuuu   wouuu (menangis dengan sebaknya) “hang merepek apa ni jes?” “Kain kat penyidai dah angkat belum?” hahahaha. Bukanlah semua parents jenis yang macam tu ok? Ada yang jenis selamba jaa. “Ya!” “Ya!”.  If you know what i mean? Huhu

Bagi yang tak dapat pulang, mintak aja restu melaui telefon. Thats enough. Cewah! Barulah beliau terasa hang tu anak dia. Sejuklah hati sikit. Tak penah penah call sebab nak mintak restu ja. Sebelum ni duit duit duit! Encik Krab pon naik tension. Choi! Beliau akan rasa dihargai. Paham dik? 


Selain itu, pohonlah juga restu dari murobbi hangpa tu. Siapa dia tu? Lecturer hangpa lah. Tak kira subjek apa dia ajar, bangsa apa sekalipun, tua atau muda, 
lawa or handsome ka tidak serta dah kahwin ka belum, mintalah restu darinya.  Part last tu errr. Agak kenapa nak buat buat benda alah semua tu eh? Cuba throwback balik mana tau hangpa ada kutuk dia sebab Liverpool kalah teruk 6-0 :’( ermm. Mungkin kekecewaan beliau masih terkesan dan trauma sehinga ke hari ini. Mana tau kan kan? “Tak tau!” Tak mau tau sudah

Ok ok yang lain pulak, cuba chek balik kalau ada kutuk kutuk belakang dia even sikit. Tak kiralah kutuk depan ka, kutuk sebelah samada kiri atau kanan ka. Cer hengat balik. Kalau mengikut pemahaman saya lah kan mintak maaf adalah sebahagian memohon restu juga. Kalau tak silap lah errr. “Weyh jangan ah kami nak poplet ni!” 


Lagi! Lagi!

Study awai! Sebenarnya saya pon dah malas plus menyampah nak tulis hal ini. Sebab apa? Sebabnya benda ini tersangatlah common sense  dalam kata lain sangat umum. Dimana semua orang tahu walaupun kuda tidak mampu terbang, kambing tetap suka makan rumput (dan dia dah mula merepek). Sebagaimana kita tahu sebagai pelajar, kita mestilah bla bla bla. Dah ah! Malaih nak hurai benda alah ni. 


Untuk pengetahuan semua, sebenarnya penulis hanya sekadar mengfokuskan kepada memohon kemaafan. Penulis tak maulah tuleh panjang panjang sat lagi hang pa lena pulak. Ambiklah pengajaran dan bukannya tahu bersuka ria  di taman rama rama dan taman buaya sahaja. Cukup sekadar itu sebelum penulis melebarkan sayap merepek dia lagi jauh. Huk Huk 


Peringatan

Penulis tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang kecelakaan atau berlaku kejadian yang tidak diingini seperti terpaksa meninggalkan buku makroekonomi, akaun dan majalah mangga semata mata hendak membaca artikel ini. Errr. Penulis menulis atas kapasiti meluahkan pendapat dan sebab juga penulis bosan lah siut . Jika anda ada apa apa yang tidak puas hati silalah lemparkan segala kritikan dan aduan seperti yang tertera dikaca tv anda. Eh sudah kenapa? Sudah tentu lah di ruangan komen. Tepuk dahi.



Selamat Menyambut Hari Final Exam ajes ucapkan!

2 comments: