Monday 23 February 2015

Fasa dan Masa


Mungkin tak semua orang. Akan tiba satu fasa kita berjumpa dengan dia. Kononnya bahagia selamanya bak kata budak wechat "akuw caryunk cow selsema lamanyerr. Till jannah". Kalau ada sesiapa yang terjumpa makhluk yang sebegini rupa sila dorong dia untuk terjun dari bangunan tinggkat 14 atau lebih baik gaung yg berdekatan.

Kemudian akan tiba satu fasa kita akan kecewa gila dan frust menonggeng, frust membaring, kuak lentang, gaya bebas, kupu kupu, rama rama and so on,  sebab dia yang dulu kononnya over confident dia tu confirm gila dan kononya nak jadi pasangan sehidup semati tu tak kemana pon. Bak kata couple budak darjah lima yg tak sedar tahun depan dia  upsr  "akuw cayunk relay kitew shampai arwah". Dik hang tengok telenovela apa ni yg sampai terpengaruh teruk beruk sangat ni? Rossalinda ayammur ka? *tiba tiba teringat cerita bawang merah bawang putih endon tu hiks* Err 

Mungkin fasa terakhir. Akan tiba satu fasa selepas tu dimana kita sedar yg kita buat benda  bodoh, buang masa, buang duit, buang beruang. Eh! Dan sebagainya. Bila dibaling balik rasa macam nak hantuk kepala ni kat dinding. Seriously! Dekat fasa ni kita akan mula pikir dan yang sebenarnya kita ada tanggungjawab  yang lebih besar. Tau apa dia? Membahagiakan kedua ibu bapa yang dah susah payah cari duit dan membesarkan kita. Dekat fasa ni jugak kita akan mula serious nak cari pasangan hidup lepas study nanti. Dekat fasa ni jugak kita mulai mencongak berapa juta riban yang perlu aku simpan setiap bulan bila dh kerja nanti sebab dan mungkin nak buat belanja kawin, beli rumah, beli kereta, bagi kat mak dan sebagainya.

As what i mention erlier. Tak semua orang. Mungkin sesetengah manusia yg takdir pada awalnya. Apa pengajaran? Semua fasa bodoh dan kadang rasa macam nak hantuk kepala kat dinding tulah yang banyak mengajar untuk hidup lebih matang. Kalau tanya aku "macam pengalaman ja". Hang rasa? Kata orang, perempuan ni lebih dan cepat matang dari lelaki. KADANG tak jugak. Pengalaman tu yang buat hang jadi kuat dan matang in sya Allah. So no words "saiaa taa kuadd awaaa". Nanti siku sampai.

#azizrazaks

Friday 6 February 2015

Cerita Bosan

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Perihal Sihat

Sihat ka semua? Aku? Boleh tahan sihat lah sebab sejak dua tiga hari ni badan tak berapa nak sedap sangat entah mengapa. Kalau demam mesti panas.. eh! demam sejuk pon ada kan? Aku kurang pasti. Kenapa tak pi jumpa doktor?  Jawapan aku... kurang berminat. Tau sebab apa? Sebabnya 'skrip' jawapan kepada persoalan yang umumnya terhadap ketiadaan selera ,panas badan, dan seumpamanya yang boleh dikaitkan dengan demam hanya akan diberi bungkusan oleh doktor yang didalamnya terdapat beberapa biji paracetamol dan ubat tambahan lain untuk melegakan demam. Paham ka tidak ni?


Lepas tu apa hang buat?

Aku buat apa? Aku buat buat aku tak demam. Laalaalaaala di iringi lagu yang berlatar belakangkan kanak kanak riang sedang bermain. Phewwww! Hahaha. Saja en lari jauh? Sapa nampak kita geng! Actually aku buat pendekatan aku sendiri iaitu dengan meminum 100 plus, air kosong, dengan panadol ( kalau perlu ). Wah hebat hang ajis! 


Berkesan tak?

Lepas dengar jawapan ni mesti rasa hambar kan? ENTAH! hahaha... Aku sendiri kurang pasti. Apa yang penting hidup aku berjalan dengan normal selepas tu. Memang tak dapat dinafikan rasa tak larat dan lenguh badan tu masih dapat dirasai. Selera makan pon berkurang, kebanyakannya aku makan makanan yang bersup macam mee sup, kew teow tom yam, dan seumpanya. Biasalah bang simptom demam asalnya memang begitu. Petang rilek dan masih steady lagi main bola. Tadak hal punya. 


Apa motif ?

Ini pon satu.. aku ingat untuk entry kali ni nak tulis pasal stress final tup tup dia tertukar topik penulisan pulak pasal demam! Sebenarnya lagi stress fikir nak tulis apa untuk update entry. Tak payah! Yang mana ada kat pala otak terus sapu bersih pusing mengarut bla bla bla.. Nah! koma. Siap kan? Jadilah entry yang fresh walaupon diolah dengan cara yang bosan. Seriously lah aku sendiri pon bosan baca entry aku kali ni *yawn*. Anda bagaimana?


#azizrazaks






Wednesday 4 February 2015

Ya Tuhan Masih Ada Taubatkah Untuk Aku?

 

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera


Aku nak tanya ada sapa-sapa tak yang potong bawang tadi? Serius tak dak? Oh tidak mengapa barangkali habuk yang berterbangan di udara masuk mata aku. Mesti ramai yang tertanya-tanya dan tidak pasti samada taubat kita diterima ataupun tidak. Buat dosa, lepas tu taubat kemudian buat balik dosa and then nak taubat balik.... Allah terima ka taubat kita tu? Persoalan sedikit sebanyak akan dijawab dalam video ni? Jom sama-sama kita layan video ni.











Sebarang cadangan, kritikan, aduan, tips, amat dialu-alukan. 

#azizrazaks


Tuesday 3 February 2015

Siapa azizrazaks?

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.

Pelik Tapi Benar

Pelik tapi benar, itulah ungkapan yang paling sesuai untuk menggambarkan entri kali. Aku sendiri keliru.. dah kenapa hang ni? hahahha. Sepatutnya aku intro dulu kenapa blog ini dibuat, siapa pemilik blog ni, blog ni berkenaan apa dan sebagainya. Tapi.. setelah berapa abad ketika baru terfikir.. baru nak memperkenalkan blog ni kepada netizen diluar sana yang rata-rata yang tidak mengenali dan sememangnya tidak tahu dan agak tidak keterlaluan untuk aku katakan yang mereka tak terfikir nak ambik tau pon hahaha. Sedih bukan? 

Awat ni?

Sebenarnya bukan tak mau memperkenalkan tetapi .. Tak pernah terfikir *rasanyalah* pon nak buat macam tu . *selang beberapa ketika admin masih terfikir apa yang dia nak tulis. No idea* . Wah! boleh tahan susah gila nya pon adoi bila ilham tak mau mai nih hrmmmmmmmmmmmmmmm *<-- nampak tak permainan?*. 


Tujuan?

Entahlah mengapa blog ini dibuat. Oh! sebelum tu apa kata hangpa semua berbalik kepada tag blog ni ' Blogger Yang Cuba Blogging Dalam Blog Dengan Gaya Bebas', jadi dan rasanya sudah terjawab sedikit sebanyak persoalan *at least* . Tidak ada tujuan yang spesifik dan khusus mengapa blog ini dibuat setakat ini, kedengaran agak bosan bukan? Sebenarnya ada perancangan yang bermain diminda aku ni apa yang nak dibuat pada masa-masa yang akan datang dalam ruangan blog ni. Sabar boleh tak sabar!? 


Sokongan

Aku sangat mengharapkan sokongan padu, mampat, padat dan sewaktu dengannya untuk menjadikan blog ini digilai ramai muuaaahahaahaha! Tak kira lah sanak saudara, keluarga, pak cik, mak cik, jiran sebelah, pengawal keselamatan, abang jpj, angkasawan, cikgu tadika dan sebagainya. Juga tidak lupa kaki kritik, kaki kondem, kaki maki, kaki botol, kaki bangku, ikan kekek mak eloi eloi tenenenene * jauhnya meraban*! Seriuslah support gua beb.


Terkejut?

Perhhh ajis dah jadi blogger dah lani ... Agak-agak keluaq tak ayat macam tu? Semacam tidak percaya bukan? huhuhuh. Poyonya lahai. Sudah-sudahlah la tu.. Sila hentikan keterujaan anda buat seketika. Ya! inilah ajis yang sekarang bukan yang dulu *eh punchline ka tu?*. 


Jemputan

Barang sesiapa yang tertinggal telifon bimbit anda sila tuntut di kaunter pertanyaan dan barang sesiapa yang berminat untuk menulis di ruangan kamar blog yang tak seberapa ni amat dialu-alukan. Macam mana tu? Sila hubungi aku dengan email, whatsapp, wechat,twitter, dan platform yang sesuai dan sebagainya. Samada ulasan sukan, resepi, rahsia kejayaan, tips, teknologi dan sebagainya yang difikirkan sesuai dengan selera pembaca dan sama sekali tidak melanggar undang-undang jalan raya. Dan yang paling penting entri yang tidak bertentangan dengan agama. Juga tidak menyentuh sensetiviti dan florida pada gigi. Setakat itu saja kot untuk sesi pengenalan blog yang tak seberapa nak kenal ini. 


Amaran!

Jangan lupa untuk baca entri yang terbaru yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa jika penulis ini rajin ok?