Sunday 11 October 2015

Hot Hot Shit Chicken

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Apakah itu hangar hangat tahi ayam? Yup! Berikut merupakan Tulisan yang serba sedikit akan menjelaskan apa itu hot hot shit chicken. Jangan banyak tanya, baca sudah. Ahaks!

Aku sudah dapat mengagaknya perkara ini dalam kata lain menjangkakannya yang niat untuk ber blogging ini hanyalah bersifat sementara sahaja. Awal awal hari tu pehh! Boleh tahan dia punya semangat. Berkobar kobar ibarat mengkibarkan bendera di tepi tasik. Aik? Apa kene mengene pulak lah shiaaal? 

Berbalik kepada topik dan tujuan asal penulis, niat untuk kembali berbloging ini kembali berkobar kobar, semangat nya makin membara pun adui hai, takkan toleh kebelakang lagi. Tudia gaiss.. tudiaa. Boleh caya ka ni? 

Sebenarnya aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidur mu.. aku ingin menjadi.. sesuatu yang mungkin bisa kau rinduuuuuu.. Engko dah kenape gile? Sorry gais termenyanyi pulak tadi, tak perasan tengah tulis blog. Ok seriously lah ajes huhu nak jadi blogger yang berjaya sepenuh masa tanpa mengira usia. Ewah kau! Aah, terfikir jugak lagi tiga tahun nak graduate.. dalam tiga tahun sebelum graduate tu mesti nak kena buat sesuatu. Disaat rakan rakan lain tekedek kedek mencari kerja, aku sudah punya wang berjuta juta dengan hanya duduk mengadap lap top dan meja. Amacam ok? Tak boleh.. hang terlalu ber fantasi sangat ni. Ahaks! Nasihat diri sendiri gaiss.

Tapi benda tu lah yang aku tengah fikirkan, ya ya memang tak mudah. Habis apa yang mudah? Kena mulakan dari sekarang lah. Aku teringat kata kata Conficius “Choose a job you love, and you never work a day in your life”. Hat ni la yang aku tengah nak buat ni. 

Mesti ramai pembaca yang tertanya tanya sekarang “ ape yang hengko merepek lah gileer?”. Ah! hang sabaq sat na! Nati hangpa tau.


Saya rasa cukuplah sekadar itu dahulu sebelum perkongsian untuk kali ini. Cewah! Moga bermanfaat untuk semua. Bagi lah semangat dan dorongan kepada saya ini. Dah! Dah! Dah! Bye..Muah ket!